Collector
Giriş Yap
'Selepas Bersatu, siapa lagi?' - PH dakwa Pas ulang kitaran sama | Collector
'Selepas Bersatu, siapa lagi?' - PH dakwa Pas ulang kitaran sama

'Selepas Bersatu, siapa lagi?' - PH dakwa Pas ulang kitaran sama

BATU PAHAT - Pakatan Harapan (PH) menyifatkan keputusan terbaharu kerjasama politik antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berakhir, sebagai satu lagi episod yang mengulangi corak lama dalam politik negara.Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hampir setiap kerjasama politik yang pernah dijalin Pas dengan sebarang parti mahupun gabungan lain sebelum ini berakhir dengan perpisahan."Siapa saja yang bergabung dengan dia (Pas) berakhir dengan perceraian. Isunya talak satu, talak dua atau talak tiga."Kita tengok dengan semangat Semangat 46, atau pun PH sendiri, kemudian dengan UMNO (Muafakat Nasional 1.0), kemudian dengan Bersatu, menerima nasib yang sama. Lepas ini siapa lagi?" katanya.Menteri Dalam Negeri itu berkata demikian pada sidang media Program Citra Negara Menteri Dalam Negeri: Sekolah Selamat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat pada Selasa.Terdahulu, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam PN itu.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.Sementara itu, Saifuddin Nasution yang juga Naib Presiden PKR berpandangan, Pas telah menyalahgunakan tema penyatuan ummah apabila parti itu dilihat lebih banyak menamatkan kerjasama politik berbanding parti-parti lain."Walaupun alasannya sama penyatuan ummah, tetapi ia mengikut tafsiran dan sudut pandang mereka. Rukun prinsip politik dalam Islam ini ialah tegakkan keadilan, menyeru makruf, mencegah mungkar, mengajak kepada kebaikan, menyemaikan sifat kasih sayang, perpaduan. Itu prinsip dalam politik Islam."Dia tak boleh kata masa berkawan dulu asasnya penyatuan ummah, kemudian masa bercerai pun prinsipnya penyatuan ummah juga. Tak boleh bebas bagi tafsiran ikut selera kita," katanya.Beliau turut menegaskan PH menolak tanggapan gabungan itu akan meraih keuntungan politik daripada perpecahan yang berlaku dalam kem pembangkang.Sebaliknya, beliau berkata, PH yakin kekuatan gabungan itu terhasil daripada hubungan yang dibina berasaskan kepercayaan dan saling menghormati antara parti-parti komponennya."Kita tak jadi kuat kerana perpecahan lawan. Kita jadi kuat kerana kita bina kekuatan kita sendiri. PH ini kekuatannya dibina hanya melalui usaha yang kita. Maknanya hubungan tiga parti kita jalin terus berasaskan pada prinsip kepercayaan, hormat, saling percaya, saling menghargai."Dalam PH, kamu kuat, kami manfaat kekuatan kamu. Kamu lemah, kami sama-sama bantu memperbaiki kelemahan itu," ujarnya.

Go to News Site