Collector
Giriş Yap
Dasar baharu kewarganegaraan kini di fasa akhir - Saifuddin Nasution | Collector
Dasar baharu kewarganegaraan kini di fasa akhir - Saifuddin Nasution

Dasar baharu kewarganegaraan kini di fasa akhir - Saifuddin Nasution

BATU PAHAT - Kementerian Dalam Negeri (KDN) di peringkat akhir bagi memuktamadkan dasar baharu dengan memberi kerakyatan secara automatik kepada anak yang ibunya rakyat Malaysia berkahwin dengan lelaki asing dan dilahirkan di luar negara.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat bagi pindaan status kewarganegaraan hasil daripada keputusan atau kelulusan di Parlimen sebelum ini."KDN sudah siap sedia termasuk mempersiapkan perwakilan kita di luar negara, borang kerana permohonan ataupun pemakluman itu boleh dibuat secara dalam talian."Saya sangat yakin kita boleh selesaikannya dalam tempoh terdekat ketika sudah pun di penghujung untuk menggunapakai ataupun melaksanakan pindaan kewarganegaraan hasil daripada keputusan di Parlimen tempoh hari," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menghadiri Program Citra Negara, Menteri Dalam Negeri: Sekolah Selamat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat, pada Selasa.Menurut beliau, dasar baharu ini akan menamatkan keperluan ibu rakyat Malaysia untuk melalui proses mahkamah dalam mendapatkan status kewarganegaraan anak mereka."Walaupun puncanya satu saja, iaitu ibu rakyat Malaysia, pasangan luar negara, anak lahir luar negara. Sebelum pindaan, anak itu perlu mohon untuk jadi warganegara."Kita dah pinda untuk anak-anak itu secara automatik ataupun dia jadi warganegara secara kuat kuasa undang-undang. Itu bagi kesan besar terutama kepada ibu rakyat Malaysia."Mereka tak perlu lagi mohon untuk mendapatkan status kewarganegaraan anak-anaknya. Sekarang kita di fasa akhir sebelum memuktamadkan tarikh dasar baru itu mula dijalankan," katanya.Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata, ketika mula bertugas di KDN, beliau mendapati terdapat hampir 50,000 permohonan kewarganegaraan yang tertunggak sejak belasan tahun tanpa diberitahu keputusannya."Kalau perlu pindaan di Parlimen, kita pinda. Kalau perlu baiki kaedah warganegara, kita buat dan akhirnya jumlah 50,000 hanya tinggal lebih 2,000 sahaja," katanya.Sebelum ini, Saifuddin memberitahu, kerajaan bersetuju memberikan kewarganegaraan secara automatik melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.Keputusan dibuat pada mesyuarat Jemaah Menteri setelah meneliti dan bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan terhadap Bahagian I Seksyen 1(1)(d) dan Seksyen 1(1)(e) dan Bahagian II, seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua.

Go to News Site