Collector
Giriş Yap
Imigresen tahan lebih 30,000 warga asing atas pelbagai kesalahan | Collector
Imigresen tahan lebih 30,000 warga asing atas pelbagai kesalahan

Imigresen tahan lebih 30,000 warga asing atas pelbagai kesalahan

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seramai 30,801 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negara sehingga 31 Mei lalu.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, daripada jumlah itu, seramai 2,324 individu dikesan menyalahgunakan pas yang diberikan, termasuk menjalankan aktiviti pekerjaan dan perniagaan yang tidak selaras dengan tujuan asal kemasukan mereka ke Malaysia."JIM terus memperkukuh tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing yang melanggar syarat pas serta menjalankan aktiviti tanpa kebenaran yang sah bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang negara."Bagi memastikan penguatkuasaan lebih berkesan dan menyeluruh, JIM telah melaksanakan pelbagai pendekatan strategik termasuk penubuhan Inspektorat Penguatkuasaan, pelaksanaan operasi bersasar di lokasi tumpuan serta tindakan tegas terhadap majikan yang melanggar peraturan imigresen," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, JIM turut memperkukuh operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa berkaitan bagi membanteras pelanggaran undang-undang imigresen."JIM menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tahunan yang memberi penekanan terhadap tindakan penguatkuasaan ke atas warga asing dan majikan yang melakukan kesalahan imigresen," katanya.Menurutnya, langkah itu selaras dengan usaha kerajaan untuk mempertingkat tindakan terhadap penyalahgunaan pas serta aktiviti perniagaan tanpa kebenaran oleh warga asing."JIM akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan dan memperkukuh kerjasama strategik dengan kementerian, agensi penguat kuasa serta pihak berkuasa tempatan bagi memastikan setiap pelanggaran undang-undang dapat ditangani secara lebih berkesan dan menyeluruh," katanya.Tambah beliau, JIM komited memastikan segala kemudahan imigresen yang diberikan digunakan mengikut tujuan yang dibenarkan selain menyokong usaha kerajaan dalam memelihara ketenteraman awam, integriti sistem imigresen serta persekitaran ekonomi yang adil kepada semua pihak.

Go to News Site