Collector
Giriş Yap
'Pas tak pernah setia, bergabung lepas itu cantas dan ceraikan' – Khalid Samad | Collector
'Pas tak pernah setia, bergabung lepas itu cantas dan ceraikan' – Khalid Samad

'Pas tak pernah setia, bergabung lepas itu cantas dan ceraikan' – Khalid Samad

KOTA BHARU – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan keputusan Pas menamatkan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menguatkan dakwaan bahawa parti itu tidak pernah setia kepada mana-mana gabungan yang disertainya.Khalid Abdul Samad berkata, corak politik sedemikian bukan perkara baharu kerana pernah berlaku dalam beberapa gabungan politik yang disertai Pas sebelum ini.Menurutnya, parti itu dilihat cenderung menjalin kerjasama apabila ia memberi manfaat politik, namun hubungan tersebut akhirnya terputus apabila keadaan tidak lagi memihak kepada mereka."Pas ini malangnya selepas kami tinggalkan mereka, mereka tidak pernah setia, mereka fikir keuntungan politik, kalau dulu dalam Pakatan Rakyat bersama-sama bina kekuatan dan menerima kepimpinan bersama, tetapi Pas sekarang tidak seperti itu."Pas bergabung, ambil manfaat, lepas itu cantas dan Pas ceraikan, perkara ini berlaku berulang kali," katanya ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Pagi Pengerusi bersama Warga Kada di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Kada di sini pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Pas putus hubungan politik dengan Bersatu serta-mertaPas perjelas punca putus hubungan dengan Bersatu'Tenang, sabar dulu' - RazaliTun Faisal namakan siapa dikatakan kem ulama tidak bersetuju - Ahmad FadhliPada Isnin, Pas membuat keputusan menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi mengenai masa depan kerjasama parti-parti pembangkang menjelang pilihan raya akan datang.Mengulas lanjut, Khalid berkata, rakyat perlu menilai sendiri corak politik yang diamalkan parti berkenaan berdasarkan rekod kerjasamanya dengan beberapa gabungan politik sebelum ini."Cakap saja Islam tapi tidak menghayati corak politik Islam yang mengutamakan pendamaian," katanya.Khalid turut mendakwa Pas pada ketika ini berbeza berbanding ketika era kepimpinan Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat."Ini bukan Pas zaman Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Ini Pas di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang lebih keras dan mengutamakan kemenangan politik," katanya.Khalid pernah menjadi Anggota Jawatankuasa Pas Pusat bermula 1987 sehingga 1995 dan memegang jawatan penting dalam Pas termasuk sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor serta anggota Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi penggal 2013 sehingga 2015, sebelum keluar parti dan mengambil keputusan menyertai Amanah.

Go to News Site