Collector
Giriş Yap
Bersatu terus kekal dalam PN, dukacita keputusan Pas - Muhyiddin | Collector
Bersatu terus kekal dalam PN, dukacita keputusan Pas - Muhyiddin

Bersatu terus kekal dalam PN, dukacita keputusan Pas - Muhyiddin

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk terus kekal dalam Perikatan Nasional (PN) dan memperkukuhkan teras perjuangannya sebagai parti pengasas gabungan itu.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, fokus utama ketika ini adalah memastikan agenda prihatin yang diperjuangkan PN akan terus diperkasakan meskipun sudah tidak lagi bekerjasama dengan Pas."Sebagai parti pengasas PN, Bersatu akan terus kekal dalam PN dan memperkukuhkan teras perjuangannya."Bersatu akan terus memperkasakan agenda prihatin rakyat yang dibawa PN sejak penubuhannya serta mendorong hasrat rakyat yang mahukan perubahan serta kepimpinan yang mewakili aspirasi seluruh warga Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Pada masa sama, Muhyiddin turut melahirkan rasa dukacita terhadap keputusan Pas yang memutuskan hubungan politik dengan Bersatu.ARTIKEL BERKAITAN: Pas putus hubungan politik dengan Bersatu serta-mertaPas perjelas punca putus hubungan dengan Bersatu'Tenang, sabar dulu' - RazaliTun Faisal namakan siapa dikatakan kem ulama tidak bersetuju - Ahmad Fadhli"Kerjasama yang dibina bersama atas semangat dan persefahaman yang luhur telah dihentikan oleh Pas."Keputusan menghentikan kerjasama politik dan memutuskan hubungan dengan Bersatu adalah atas kehendak Pas," katanya.Justeru itu, beliau meminta ahli parti dan rakan seperjuangan untuk terus fokus usaha memperkukuhkan PN."Setiap lapisan pimpinan dan ahli mesti terus meletakkan kepentingan rakyat sebagai fokus utama malah lebih bersemangat dengan ujian terbaru ini."Saya yakin rakyat yang mendukung cita-cita PN akan terus beristiqamah bersama-sama kita. Tentunya ada hikmah daripada apa yang berlaku, semoga ALLAH SWT memberikan kita petunjuk, taufiq dan hidayah-NYa," ujarnya lagi.Terdahulu, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam PN itu menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan pada Isnin.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.

Go to News Site