Collector
Giriş Yap
Keputusan putuskan hubungan dengan Bersatu atas kehendak Pas - Radzi Jidin | Collector
Keputusan putuskan hubungan dengan Bersatu atas kehendak Pas - Radzi Jidin

Keputusan putuskan hubungan dengan Bersatu atas kehendak Pas - Radzi Jidin

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menegaskan keputusan menghentikan kerjasama politik dan memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah atas kehendak Pas.Mohd Radzi menyifatkan perkara itu sebagai fakta susulan keputusan yang dibuat Pas menamatkan kerjasama politik antara kedua-dua parti."Fakta: Keputusan menghentikan kerjasama politik dan memutuskan hubungan dengan Bersatu adalah atas kehendak Pas," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam hantaran berasingan di Facebook berkata, perjuangan demi rakyat dalam Perikatan Nasional (PN) tidak akan sesekali goyah biarpun ketika ini Bersatu sedang diuji.Menurutnya, setiap ujian yang dihadapi membawa hikmah dan berupaya membina kekuatan."Setiap ujian membawa hikmah, setiap badai membina kekuatan. Di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita rapatkan saf, bulatkan teka, dan terus istiqamah," katanya.Terdahulu, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan Bersatu iaitu rakan sekutunya dalam PN.Keputusan drastik itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan pada Isnin bagi membincangkan hala tuju parti mendepani fasa politik baharu.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.Berikutan itu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, partinya memutuskan untuk terus kekal dalam PN dan memperkukuhkan teras perjuangannya sebagai parti pengasas gabungan berkenaan.Beliau memaklumkan, fokus utama mereka ketika ini adalah memastikan agenda prihatin yang diperjuangkan PN akan terus diperkasakan meskipun sudah tidak lagi bekerjasama dengan Pas.Katanya, sebagai parti pengasas PN, Bersatu akan terus kekal dalam PN dan memperkukuhkan teras perjuangannya.

Go to News Site