Collector
Giriş Yap
Tunggu keputusan parti, kerajaan tentukan kedudukan ADUN Bersatu Kelantan - Speaker | Collector
Tunggu keputusan parti, kerajaan tentukan kedudukan ADUN Bersatu Kelantan - Speaker

Tunggu keputusan parti, kerajaan tentukan kedudukan ADUN Bersatu Kelantan - Speaker

KOTA BHARU- Kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Kelantan masih belum dimuktamadkan dan bergantung kepada keputusan parti serta kerajaan.Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, setakat ini kedudukan ADUN berkenaan kekal seperti sedia ada sehingga sebarang keputusan rasmi dibuat oleh pihak berkaitan."Parti akan buat keputusan lepas ni," katanya ketika ditanya mengenai perkembangan kedudukan ADUN Bersatu di negeri ini.ARTIKEL BERKAITAN: Pas putus hubungan politik dengan Bersatu serta-mertaPas perjelas punca putus hubungan dengan Bersatu'Tenang, sabar dulu' - RazaliTun Faisal namakan siapa dikatakan kem ulama tidak bersetuju - Ahmad Fadhli'Pas tak pernah setia, bergabung lepas itu cantas dan ceraikan' – Khalid SamadDitanya sama ada ADUN terbabit, termasuk Datuk Kamarudin Md Nor, masih boleh menjalankan tugas seperti biasa, beliau menegaskan keadaan masih tidak berubah buat masa ini."Setakat ini keadaan duduk begitu sehingga ada keputusanlah. Sehingga ada keputusan dari pihak parti dan kerajaan," katanya.Terdahulu, Kamarudin yang merupakan Pengerusi Bersatu Kelantan menyerahkan sepenuhnya kedudukan beliau sebagai exco kepada keputusan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud susulan pengumuman Pas menamatkan hubungan politik dengan parti berkenaan.Kamarudin yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang makluman daripada pimpinan Bersatu mahupun Menteri Besar berhubung kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.Sinar Harian pada Isnin melaporkan Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam PN itu.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.

Go to News Site