Sinar Harian
TAWAU - Tindakan tiga sekawan memiliki ikan yang dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan membawa padah apabila masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa.Tertuduh, Tarasani Baltapa, 50, Jumsele Ingsang, 38, dan Mahandi Sabturani, 37, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.Berdasarkan kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka didapati memiliki 10 ekor ikan yang dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan ketika berada di sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran di perairan Tanjung Kiraz, pada jam 2.30 petang, 2 Jun lalu.Mereka didakwa mengikut Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(b) akta sama.Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap setiap tertuduh dan sekiranya gagal membayar denda tersebut, mereka boleh dipenjarakan selama tiga bulan.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Laester Bulun, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.
Go to News Site