Collector
Giriş Yap
Azam Baki nafi tuduhan jadi orang tengah tutup skandal rasuah politik Sabah | Collector
Azam Baki nafi tuduhan jadi orang tengah tutup skandal rasuah politik Sabah

Azam Baki nafi tuduhan jadi orang tengah tutup skandal rasuah politik Sabah

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memberitahu kenyataan berbaur fitnah, didakwa dilemparkan Albert Tei menggambarkannya sebagai dalang semata-mata mahu menganiayai ahli perniagaan itu.Berdasarkan pernyataan tuntutan saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, Azam selaku plaintif berkata, Albert yang dinamakan sebagai defendan tunggal, telah menuduhnya bertindak sebagai ‘orang tengah’ untuk mengatur penyelesaian bagi menutup skandal rasuah melibatkan ahli politik di Sabah.Plaintif turut mendakwa, defendan juga menuduhnya menyalahgunakan kuasa dengan mengatur keputusan tiada tindakan lanjut (NFA) bagi melindungi pihak tertentu.Katanya, ia termasuk fitnah mengugut untuk menangkap defendan sekiranya ahli perniagaan berusia 38 tahun itu meneruskan pendedahan maklumat berkaitan skandal tersebut.Pegawai kanan awam yang bersara pada 12 Mei itu berkata, semua dakwaan Albert bersifat palsu, tidak berasas dan dibuat dengan niat jahat untuk mencemarkan reputasi serta kredibilitinya.Selain itu, beliau menjelaskan, pertemuan bersama peguam defendan pada 20 Januari 2025 lalu, hanyalah bagi menerangkan bahawa Albert tidak layak memperoleh perlindungan sebagai pemberi maklumat."Ini kerana, ketika itu, Albert merupakan suspek dalam siasatan kes rasuah."Penerbitan kenyataan defendan telah menjejaskan reputasi, maruah dan kredibiliti saya."Tindakan itu juga telah mendedah saya terhadap kebencian, penghinaan dan cemuhan masyarakat," katanya.Pada Isnin, Azam selaku plaintif memfailkan saman menerusi Tetuan Zain Megat & Murad, terhadap Albert berhubung dakwaan fitnah dalam audio siar dan beberapa video ‘YouTube Shorts’ pada bulan lalu.Plaintif menuntut Albert membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, selain perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan atau menyebarkan kenyataan fitnah berkenaan.Plaintif turut memohon perintah mahkamah supaya semua kandungan yang didakwa berunsur fitnah itu diturunkan daripada platform media sosial defendan.Katanya, defendan juga dituntut memohon maaf dan membuat pengisytiharan bahawa kenyataan berkenaan, bersifat palsu.Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 8 Julai depan untuk pengurusan kes saman tersebut.Menerusi semakan sistem mahkamah, pengurusan kes itu yang dijadualkan secara e-Review di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Nur Hidayah Abd Mutalib.Pada 4 Disember 2025, Albert mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memberi rasuah RM176,829.03 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 2023 dan 2024.Mengikut semua pertuduhan, dia didakwa memberikan suapan wang tunai RM140,000 dan kelengkapan perabot termasuk barangan lektrik bernilai masing-masing RM14,580.03 dan RM22,249 kepada Shamsul Iskandar sebagai dorongan membantu syarikat tertuduh mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.Sebelum ini, timbul isu dakwaan bahawa seorang ahli perniagaan telah memberi rasuah kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri untuk mendapatkan semula wang yang diberikan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.

Go to News Site