Collector
Giriş Yap
Empat lelaki ditahan aksi ‘wheelie’ di ibu negara | Collector
Empat lelaki ditahan aksi ‘wheelie’ di ibu negara

Empat lelaki ditahan aksi ‘wheelie’ di ibu negara

KUALA LUMPUR - Empat lelaki disyaki melakukan aksi berbahaya 'wheelie' di sekitar ibu negara ditahan polis susulan video tular di media sosial baru-baru ini.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, tindakan itu hasil risikan dan operasi Unit Risikan/Operasi JSPT Kuala Lumpur yang dijalankan susulan penularan video berkenaan."Kita mengambil tindakan susulan terhadap dua video tular di media sosial yang memaparkan aksi berbahaya oleh beberapa penunggang motosikal di sekitar ibu kota."Kes pertama membabitkan video tular berdurasi 47 saat di media sosial yang memaparkan dua buah motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha 135LC FI melakukan aksi 'wheelie' di sekitar Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan beberapa lokasi lain antara jam 2 pagi hingga 2.30 pagi Sabtu lalu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Mohd Zamzuri berkata, hasil tindakan polis membawa kepada tangkapan dua lelaki berusia lingkungan 17 hingga 24 tahun serta seorang lelaki lain berumur 17 tahun selaku pembonceng," katanya.Dalam kes berasingan, Mohd Zamzuri berkata, satu lagi video tular di media sosial berdurasi 45 saat memaparkan seorang penunggang motosikal Honda EX5 melakukan aksi 'wheelie' sebelum terjatuh di beberapa lokasi sekitar Jalan Ampang dan Jalan Raja Laut antara jam 2.00 hingga 2.30 pagi Ahad."Seorang lelaki berusia 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan," katanya.Mohd Zamzuri berkata, kesemua tangkapan dibuat pada antara jam 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi di rumah suspek pada Selasa."Bagi kedua-dua kes, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.Dalam pada itu, Mohd Zamzuri menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dalam sebarang aksi samseng jalanan kerana perbuatan itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain."Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang jalan raya."Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Go to News Site