Collector
Giriş Yap
Exco Bersatu di Kelantan boleh bertugas seperti biasa | Collector
Exco Bersatu di Kelantan boleh bertugas seperti biasa

Exco Bersatu di Kelantan boleh bertugas seperti biasa

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menegaskan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor masih boleh meneruskan tugas sebagai Exco kerajaan negeri seperti biasa meskipun parti itu sudah menamatkan kerjasama dengan Pas pada Isnin.Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, setakat ini keputusan berhubung perkara tersebut masih belum dibincangkan oleh kerajaan."Keputusan malam tadi adalah antara parti. Timbalan Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, Bahari Mohd Nor juga boleh menjalankan tugas seperti biasa," katanya kepada pemberita pada Selasa.Terdahulu, Kamarudin yang merupakan Pengerusi Bersatu Kelantan menyerahkan sepenuhnya kedudukan beliau sebagai exco kepada keputusan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud susulan pengumuman Pas menamatkan hubungan politik dengan parti berkenaan.Kamarudin yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang makluman daripada pimpinan Bersatu mahupun Menteri Besar berhubung kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.Sinar Harian pada Isnin melaporkan Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam PN itu.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.

Go to News Site