Collector
Giriş Yap
Pas putus hubungan Bersatu, Gerakan tunggu penjelasan rasmi - Dominic | Collector
Pas putus hubungan Bersatu, Gerakan tunggu penjelasan rasmi - Dominic

Pas putus hubungan Bersatu, Gerakan tunggu penjelasan rasmi - Dominic

SHAH ALAM - Parti Gerakan Rakyat Malaysia akan menunggu penjelasan rasmi daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas berhubung kemelut politik antara kedua-dua parti itu sebelum mengulas lebih lanjut perkara tersebut.Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau berkata, buat masa ini semua parti dalam Perikatan Nasional (PN) kekal fokus terhadap tanggungjawab yang lebih besar memandangkan Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan semakin hampir.Menurutnya, apatah lah lagi landskap politik negara yang terus berkembang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang."Kami menghormati peranan serta sumbangan kedua-dua parti, Pas dan Bersatu dalam PN."Gerakan akan terus memainkan peranan konstruktif dalam memperkukuh PN sebagai sebuah gabungan yang dapat diterima oleh rakyat Malaysia daripada semua kaum dan agama, sambil menjunjung kestabilan politik, kepimpinan berprinsip serta mengutamakan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya," ujarnya kepada Sinar Harian.Sebelum ini, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Keputusan drastik itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan hari ini bagi membincangkan hala tuju parti mendepani fasa politik baharu.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.

Go to News Site