Collector
Giriş Yap
Polis siasat pemandu Myvi langgar lari kanak-kanak tunggang basikal | Collector
Polis siasat pemandu Myvi langgar lari kanak-kanak tunggang basikal

Polis siasat pemandu Myvi langgar lari kanak-kanak tunggang basikal

KUALA LUMPUR – Polis merakam keterangan pemandu dan pemilik Perodua Myvi bagi membantu siasatan berkaitan kes melanggar seorang kanak-kanak yang menunggang basikal sebelum dipercayai melarikan diri di Jalan Wirawati 5 Kampung Pandan di sini pada Selasa.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya terkesan satu video kemalangan berkenaan yang tular di media sosial."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 7.26 pagi melibatkan sebuah Perodua Myvi yang dipandu lelaki berkenaan dan sebuah basikal yang ditunggang seorang kanak-kanak lelaki yang masih belum dikenal pasti."Kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kereta itu membelok keluar dari simpang ke kanan sebelum melanggar bahagian belakang basikal mangsa sehingga menyebabkan mangsa tersebut terjatuh di atas jalan raya," katanya Salam kenyataan pada Selasa.Mohd Zamzuri berkata, pemandu terbabit kemudiannya dipercayai meninggalkan lokasi kejadian tanpa berhenti."Hasil maklumat dan siasatan lanjut yang dijalankan JSPT Kuala Lumpur, pemandu berkenaan berjaya dikesan bagi membantu siasatan," katanya.Menurutnya, semakan mendapati lelaki itu menggunakan kenderaan milik adiknya selain merupakan pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental serta memiliki lesen memandu yang masih aktif."Pemandu dan pemilik kenderaan datang ke balai dan masih dalam proses mengambil percakapan."Setakat ini kecederaan yang dialami penunggang basikal berkenaan masih belum dapat dipastikan," katanya.Sehubungan itu, beliau meminta ahli keluarga mangsa tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan."Orang awam yang menyaksikan kejadian termasuk pemilik rakaman video papan pemuka kenderaan (dashcam) diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Hazman di talian 019-2089005 bagi membantu siasatan," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Go to News Site