Collector
Giriş Yap
AMT, Ketua Bahagian Wanita Warisan keluar parti sertai Gagasan Rakyat | Collector
AMT, Ketua Bahagian Wanita Warisan keluar parti sertai Gagasan Rakyat

AMT, Ketua Bahagian Wanita Warisan keluar parti sertai Gagasan Rakyat

KOTA BELUD - Seorang Ahli Majlis Tertinggi (AMT), tiga Ketua Bahagian Wanita dan beberapa ahli Parti Warisan (Warisan) mengumumkan keluar daripada parti itu serta menyatakan sokongan kepada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).Perkara itu diumumkan oleh bekas AMT Warisan tersebut, Mohd Taib Isai menerusi satu kenyataan media pada Selasa.Menurutnya, keputusan tersebut dibuat bersama beberapa pimpinan dan ahli parti dari pelbagai peringkat yang telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi Warisan."Keputusan ini bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya selepas menilai perkembangan politik semasa dan kegagalan kepimpinan parti untuk menyatukan kekuatan politik Sabah demi kepentingan rakyat dan negeri."Ramai pemimpin akar umbi semakin kecewa kerana suara mereka tidak lagi diberi perhatian, manakala parti dilihat semakin jauh daripada aspirasi rakyat Sabah," katanya.Mohd Taib yang juga bekas Naib Ketua Bahagian Warisan Kota Belud berkata, beliau yakin kepimpinan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor berjaya mewujudkan kestabilan politik dan menyatukan pelbagai pemimpin serta parti tempatan di bawah satu agenda jelas untuk membangunkan Sabah.Katanya, pendekatan inklusif dan sederhana yang dibawa Hajiji turut memberi keyakinan bahawa masa depan Sabah lebih terjamin di bawah kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)."Atas keyakinan itu, kami mengambil keputusan untuk menyertai Gagasan Rakyat dan memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Hajiji dalam meneruskan agenda pembangunan negeri."Saya juga percaya gelombang sokongan terhadap Gagasan Rakyat dan GRS akan terus meningkat, malah lebih ramai pimpinan serta ahli Warisan di pelbagai peringkat akan mengambil langkah sama dalam masa terdekat kerana mereka mahukan perjuangan yang lebih stabil, progresif dan berfokus kepada kepentingan Sabah," katanya.

Go to News Site