Sinar Harian
PUTRAJAYA – Pasukan petugas khas atau jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi mengendalikan hal-hal berkaitan mengikut keperluan semasa antara perkara dibincangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Kewangan (MOF).Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pihaknya dan MOF terus memperkasakan komitmen bersama dalam membanteras penyelewengan serta ketirisan demi memelihara kedaulatan ekonomi negara."Dalam usaha memastikan siasatan dan pemulihan aset berjalan dengan lebih tuntas, tumpuan perbincangan terarah kepada pasukan petugas khas serta jawatankuasa khas yang ditubuhkan secara khusus untuk mengendalikan kes tersebut."SPRM juga menyatakan kesediaan memberikan kerjasama penuh dan bantuan menyeluruh daripada segi perundangan, penguatkuasaan serta aspek teknikal bagi menyelesaikan kes-kes berkaitan ke akar umbi," katanya.Komitmen itu dizahirkan Abd Halim melalui kunjungan hormat ke atas Ketua Perbendaharaan Negara, Tan Sri Johan Mahmood Merican di Kementerian Kewangan (MOF) di sini pada Selasa.Pertemuan strategik yang berlangsung selama hampir sejam itu menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak memperkukuh jalinan kerjasama khususnya dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi.Sesi kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan penyerahan cenderahati sebagai simbolik keutuhan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.
Go to News Site