Collector
Giriş Yap
'Semangat mentadbir bersama di KL diutamakan walau UMNO hanya satu kerusi' - Hannah Yeoh | Collector
'Semangat mentadbir bersama di KL diutamakan walau UMNO hanya satu kerusi' - Hannah Yeoh

'Semangat mentadbir bersama di KL diutamakan walau UMNO hanya satu kerusi' - Hannah Yeoh

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) di Kuala Lumpur meletakkan semangat mentadbir bersama, meskipun memiliki jauh lebih banyak kerusi berbanding UMNO di ibu kota itu.Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Hannah Yeoh berkata, perkara itu dibuktikan apabila pandangan satu-satunya ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sentiasa diambil kira dalam menguruskan hal di wilayah berkenaan."Di Kuala Lumpur, UMNO mempunyai satu kerusi Parlimen iaitu Titiwangsa manakala Pakatan Harapan memiliki 10 kerusi Parlimen. Namun begitu, semangat mentadbir bersama di bawah Kerajaan MADANI sentiasa menjadi keutamaan."Datuk Seri Johari Abdul Ghani merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa dan rakan Kabinet saya. Walaupun beliau satu-satunya Ahli Parlimen UMNO di Kuala Lumpur, kami hanya mempunyai satu kumpulan WhatsApp bersama semua Ahli Parlimen Kuala Lumpur yang lain. Tiada pengasingan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Ketegangan antara UMNO dan DAP tercetus apabila Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pendirian tidak akan bekerjasama dengan parti berkenaan dalam pentadbirannya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.Susulan itu, pemimpin kedua-dua parti saling berbalas kenyataan dengan mengritik antara satu sama lain.Sementara itu, Hannah yang juga Menteri Wilayah dalam masa sama menegaskan, hasil kerjasama erat dengan Johari yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dalam menguruskan isu di Kuala Lumpur, beliau belajar bahawa mendengar pandangan berbeza mampu menghasilkan keputusna lebih baik untuk rakyat."Bagi saya, itulah kekuatan sebuah kerajaan yang dibina atas kerjasama. DAP tidak menguasai tetapi turut mendengar pandangan rakan-rakan dalam kerajaan. Itulah setiakawan. Itulah hormat," ujarnya.Malah katanya, beliau juga tidak pernah percaya bahawa kekuatan seseorang pemimpin diukur melalui siapa yang ditolak.Namun beliau menambah, kekuatan sebenar seorang pemimpin ialah keupayaannya bekerja dengan mereka yang berbeza demi kepentingan rakyat."Kerana pada akhirnya, rakyat tidak menilai sejauh mana kita berbeza. Rakyat menilai sama ada kita mampu bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah mereka dan semuanya bermula dengan kesediaan untuk duduk semeja," katanya.

Go to News Site