Collector
Giriş Yap
Lelaki maut traktor terbabas langgar pokok, tiang rumah | Collector
Lelaki maut traktor terbabas langgar pokok, tiang rumah

Lelaki maut traktor terbabas langgar pokok, tiang rumah

SIK - Seorang lelaki maut selepas traktor pertanian yang dipandu terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dan tiang sebuah rumah dalam kejadian di Kampung Sungai Senam dekat sini pagi tadi.Ketua Polis Daerah Sik, Superintenden Shamzury Saman berkata, dalam insiden pada kira-kira 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 42 tahun dipercayai dalam perjalanan dari syarikatnya ke tempat kerja di Kampung Sungai Senam."Apabila tiba di lokasi kejadian, traktor yang dipandu mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kanan jalan lalu melanggar sebatang pokok dan tiang rumah berhampiran."Impak daripada kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Bernama

Go to News Site