Collector
Giriş Yap
Insiden ditampar: Cucu Tok Guru Nik Aziz berdamai dengan senator | Collector
Insiden ditampar: Cucu Tok Guru Nik Aziz berdamai dengan senator

Insiden ditampar: Cucu Tok Guru Nik Aziz berdamai dengan senator

KOTA BHARU – Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Alif Aiman Abdul Ariffahmi dan Senator, Datuk Azhar Ahmad memilih untuk berdamai secara baik pada Selasa.Kontroversi mereka berakhir secara damai apabila kedua-dua pihak saling bermaafan dan mencapai penyelesaian secara baik dalam satu pertemuan yang berlangsung di sebuah hotel di sini.Menerusi kenyataan bersama dikeluarkan pada Selasa, kedua-dua mereka memohon maaf antara satu sama lain berhubung salah faham yang timbul susulan insiden didakwa berlaku dalam satu program di Janda Baik, Bentong, Pahang pada 20 Mei lalu.Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak turut menerima permohonan maaf berkenaan dengan hati terbuka atas semangat ukhuwah, perdamaian dan saling menghormati."Kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan secara mesra dan mencapai persetujuan untuk menyelesaikan perkara ini secara baik tanpa meneruskan sebarang pertikaian yang berpanjangan."Perbincangan tersebut turut dihadiri beberapa individu lain termasuk Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz," kata kenyataan itu.Dalam masa sama, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan, komen atau tindakan yang boleh memburukkan, mengaibkan atau menjejaskan nama baik mana-mana pihak berkaitan insiden berkenaan.Mereka turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu memudahkan proses penyelesaian tersebut."Kami berharap hubungan sesama masyarakat terus dipelihara dalam suasana saling menghormati serta berlandaskan nilai kesopanan dan keharmonian," menurut kenyataan itu.Kedua-dua pihak turut menegaskan bahawa isu berkenaan dianggap selesai secara muktamad dan meminta semua pihak menghormati privasi serta keputusan yang telah dicapai.Sinar Harian pada 1 Jun lalu melaporkan, cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa ditampar seorang senator ketika menghadiri program rasmi sebuah universiti di Janda Baik, Pahang pada 20 Mei lalu.Nik Alif Aiman berkata, kejadian itu didakwa berlaku kira-kira jam 6 petang selepas tamat sesi ceramah sempena Program Pemerkasaan Bangsa 2.0 yang diadakan di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU).Bagaimanapun, Azhar meneliti kemungkinan mengambil tindakan undang-undang susulan dakwaan mengaitkannya dengan insiden menampar seorang pelajar dalam satu program di Janda Baik, Pahang bulan lalu.Katanya, tindakan tersebut bagi menentukan kesahihan fakta serta implikasi undang-undang yang berkaitan.

Go to News Site