Collector
Giriş Yap
Flat tular diduduki warga asing di Hulu Langat dibina tanpa kelulusan MPKj | Collector
Flat tular diduduki warga asing di Hulu Langat dibina tanpa kelulusan MPKj

Flat tular diduduki warga asing di Hulu Langat dibina tanpa kelulusan MPKj

SHAH ALAM - Pembinaan flat tular dikaitkan dengan komuniti Rohingya di Sungai Tekali, Hulu Langat dijalankan tanpa kelulusan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).MPKj dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, pihaknya juga tidak menerima sebarang permohonan yang dikemukakan melalui sistem secara dalam talian bagi apa-apa pembinaan di kawasan tersebut."Dimaklumkan bahawa pihak MPKj telah menjalankan operasi penguatkuasaan dengan agensi kerajaan yang berkaitan seterusnya telah mengeluarkan notis berserta arahan berdasarkan peruntukan undang-undang mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)."Lawatan di kawasan aduan juga telah disertai oleh pihak MPKj di bawah kendalian Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat serta MPKj akan mengambil tindakan selanjutnya mengikut arahan yang diputuskan," kata kenyataan itu pada Selasa.Sebelum ini, tular video memaparkan penyampai radio dan pelakon, Azad Jasmin mendedahkan kewujudan flat empat tingkat yang sangat uzur, di samping sambungan paip air dan pendawaian elektrik yang mencurigakan dipercayai didiami komuniti Rohingya di Sungai Tekali, Hulu Langat.Sementara itu, MPKj dalam kenyataan sama menegaskan, pihaknya sentiasa bersama-sama dengan agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengambil tindakan tegas ke atas sebarang salah laku dan pelanggaran undang-undang dalam kawasan pentadbirannya.Pihak MPKj dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak dalam membangkitkan isu berkenaan.

Go to News Site