Collector
Giriş Yap
Flat Rohingya: MPKj pernah keluarkan notis roboh sejak 2020 | Collector
Flat Rohingya: MPKj pernah keluarkan notis roboh sejak 2020

Flat Rohingya: MPKj pernah keluarkan notis roboh sejak 2020

SHAH ALAM - Isu flat tular dikaitkan dengan komuniti Rohingya di Sungai Tekali, Hulu Langat terus mendapat perhatian ramai pengguna media sosial.Terbaru, tular mengenai hantaran media sosial rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengenai notis merobohkan bangunan berkenaan kira-kira enam tahun lalu.Pemakluman yang dibuat pihak berkuasa tempatan itu pada tahun 2020 kembali menarik perhatian apabila ramai berkongsi semula hantaran tersebut.Berdasarkan hantaran yang dibuat pada 24 Disember itu, MPKj mengarahkan pemilik lot atau pengusaha rumah sewa etnik berkenaan untuk mengambil tindakan serta merta mengosongkan bangunkan berkenaan dalam tempoh 30 hari bermula daripada tarikh tersebut.Menurut notis yang dikeluarkan itu, tindakan tersebut dibuat kerana penempatan etnik Rohingya di rezab sungai itu dibina tanpa kelulusan pihaknya.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz berkata, isu berkenaan akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas membabitkan pihak berkuasa berkaitan pada Rabu.Ujarnya, perkara itu diputuskan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Pegawai Daerah (DO) berhubung dakwaan yang tular di media sosial."Setelah berunding bersama Tuan Datuk DO (Pegawai Daerah) satu mesyuarat khas bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat akan diadakan tengah hari esok berkenaan penempatan haram yang tular," katanya.Sebelum ini, tular video memaparkan penyampai radio dan pelakon, Azad Jasmin mendedahkan kewujudan flat empat tingkat sangat uzur, di samping sambungan paip air dan pendawaian elektrik yang mencurigakan dipercayai didiami komuniti Rohingya di lokasi berkenaan.

Go to News Site