Transaksi RM9.5 juta: 'Namakan siapa terlibat, ingat teaser filem ke' - Muhammad Kamil | Collector
Transaksi RM9.5 juta: 'Namakan siapa terlibat, ingat teaser filem ke' - Muhammad Kamil
Sinar Harian

Transaksi RM9.5 juta: 'Namakan siapa terlibat, ingat teaser filem ke' - Muhammad Kamil

IPOH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar pihak terlibat supaya tampil menamakan individu sebenar yang dikaitkan dengan dakwaan transaksi berjumlah RM9.5 juta.Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan menggunakan nama gelaran atau singkatan seperti ‘Mr R’ tanpa mendedahkan identiti sebenar hanya menimbulkan spekulasi serta mengelirukan rakyat."Yang dituduh umpamanya ada ahli Parlimen daripada Keadilan, saya cabar, namakan dia."Jangan sembunyi di sebalik istilah-istilah ataupun ‘teaser’ yang sebegini. Itu tidak membantu."Apa ingat ini teaser filem ke?," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program Satelit: Karnival Kita MADANI X Program MADANI Rakyat 2.0 Santuni Komuniti Tanjung Rambutan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah di sini pada Sabtu.Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan itu berkata, dakwaan sedemikian tanpa memperincikan siapa individu sebenar dimaksudkan dilihat hanya mempunyai agenda politik tertentu.Malah katanya, langkah tersebut seakan cuba mengalih perhatian daripada usaha kerajaan dalam membanteras rasuah, penyalahgunaan kuasa serta ketirisan."Orang-orang macam ini, kalau tanya saya, mereka yang terdesak dan punya agenda politik tertentu."Jadi saya fikir tak perlu lagi berwayang-wayang, berselindung-selindung. You name it lah," katanya," katanya.Terdahulu, seorang individu yang juga ahli perniagaan dikenali sebagai Victor Chin mendedahkan mengenai penyerahan RM9.5 juta yang didakwa diminta seorang Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai penyelesaian isu skandal mafia korporat.Beliau menyebut beberapa watak termasuk 'Mr R', namun sengaja tidak menamakan individu sebenar yang dimaksudkan.

Go to News Site