COLLECTOR
Penyelarasan BUDI95: Lihat semula cadangan atau potong gaji ADUN, ahli Parlimen - Akmal Saleh | Collector
Penyelarasan BUDI95: Lihat semula cadangan atau potong gaji ADUN, ahli Parlimen - Akmal Saleh
Sinar Harian

Penyelarasan BUDI95: Lihat semula cadangan atau potong gaji ADUN, ahli Parlimen - Akmal Saleh

SHAH ALAM - Kerajaan diminta meneliti semula cadangan pelarasan kuota subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, terdapat perbezaan antara angka dalam laporan di atas kertas dengan realiti rakyat di lapangan."Mungkin bagi sesetengah orang, apabila subsidi dipotong, jumlah itu sedikit dan tidak terkesan kepada mereka, tetapi percayalah, mungkin sedikit bagi mereka, tetapi sangat besar kesannya kepada orang lain."Kita minta rakyat berjimat cermat, sedangkan sebelum subsidi mereka dipotong, mereka sudah hidup dalam keadaan berjimat cermat, apatah lagi apabila subsidi tersebut dikurangkan," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan penyelarasan BUDI95 dan langkah itu diambil sebagai pendekatan bersasar susulan ketidaktentuan pasaran minyak global serta kesan konflik di Asia Barat terhadap bekalan dan ekonomi dunia.Beliau berkata, penyelarasan berkenaan tidak menjejaskan sebahagian besar pengguna memandangkan data menunjukkan majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan.Dr Akmal berkata, beliau memohon kerajaan melihat semula cadangan yang dikemukakan itu bagi membantu golongan yang terkesan."Jika tidak mahu mendengar, saya juga ingin mencadangkan agar gaji ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang, dipotong untuk sama-sama merasai kehidupan yang dilalui rakyat ketika ini," katanya.

Go to News Site