COLLECTOR
Kanak-kanak 9 tahun maut disyaki didera, bapa tiri antara ditahan | Collector
Kanak-kanak 9 tahun maut disyaki didera, bapa tiri antara ditahan
Sinar Harian

Kanak-kanak 9 tahun maut disyaki didera, bapa tiri antara ditahan

TAIPING - Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa dera dalam kejadian di Taman Sungai Mas di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Abdul Malek Ismail berkata, kejadian itu dimaklumkan selepas mangsa dibawa ke Hospital Taiping dalam keadaan tidak sedarkan pada jam 12.43 tengah hari.Menurutnya, pasukan perubatan telah menjalankan resusitasi kardiopulmonari (CPR) selama 30 minit, namun mangsa gagal diselamatkan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.12 petang hari sama."Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa."Bedah siasat kemudian mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan di bahagian kepala dan leher disebabkan trauma tumpul," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, empat ahli keluarga mangsa termasuk bapa tiri telah ditahan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Katanya, tiga lagi individu merupakan ibu serta datuk dan nenek mangsa berusia antara 27 hingga 53 tahun."Kesemua suspek telah direman selama tujuh hari bermula 27 Mac bagi tujuan siasatan lanjut," katanya.

Go to News Site