COLLECTOR
KPDN panggil PRESMA perjelas dakwaan kos operasi naik hingga 30 peratus | Collector
KPDN panggil PRESMA perjelas dakwaan kos operasi naik hingga 30 peratus
Sinar Harian

KPDN panggil PRESMA perjelas dakwaan kos operasi naik hingga 30 peratus

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memanggil Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung dakwaan kenaikan kos operasi industri restoran antara 10 hingga 30 peratus.Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, langkah terbabit adalah bagi mendapatkan penjelasan terperinci berserta bukti dan data sokongan yang kukuh terhadap dakwaan persatuan berkenaan."Ketua Pengarah Bahagian Penguat Kuasa (BPGK) KPDN akan memanggil pihak PRESMA dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan terperinci berserta bukti dan data sokongan yang kukuh terhadap dakwaan tersebut."KPDN komited untuk bekerjasama dengan pihak industri dalam mencari penyelesaian bersifat menang-menang, termasuk meneliti faktor rantaian bekalan, kos input dan tekanan global yang memberi kesan kepada pengusaha," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.Pada Jumaat, media melaporkan PRESMA mengakui turut terkesan dengan kenaikan kos operasi industri makanan dan minuman, dengan peningkatan harga barangan dianggarkan antara 10 hingga 30 peratus susulan tekanan global.Bagaimanapun, Fuziah berkata, sebarang pelarasan harga kepada pengguna mesti berasaskan kos sebenar dan tidak boleh dibuat secara sewenang-wenangnya.Tegasnya, KPDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sekiranya terdapat unsur pencatutan atau kenaikan harga yang tidak munasabah."Pendekatan kerajaan adalah jelas, iaitu sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pihak industri, namun pada masa yang sama tetap komited melindungi kepentingan pengguna secara tegas dan konsisten," ujarnya lagi.

Go to News Site