Sinar Harian
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tindakan seorang lelaki dipercayai mencuri telefon bimbit milik pekerja kiosk di sebuah pasar raya di Cheras mengundang padah apabila dia kini diburu polis susulan video tular baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Jumaat.Menurutnya, laporan dibuat oleh seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai penjaga kiosk berkenaan."Pada 26 Mac 2026 kira-kira jam 5.56 petang, pihak polis menerima satu laporan daripada mangsa berkaitan kehilangan sebuah telefon bimbit di sebuah kiosk di AD3, Lotus's Midah Cheras, Kuala Lumpur."Siasatan awal mendapati telefon bimbit milik mangsa dipercayai telah dicuri oleh seorang individu yang tidak dikenali," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan lanjut.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran," katanya.Terdahulu, tular video di media sosial yang memaparkan seorang individu bertindak mencuri telefon bimbit milik pekerja kiosk di sebuah pasar raya di sini.
Go to News Site