Collector
Tujuh rumah musnah dalam kebakaran | Collector
Tujuh rumah musnah dalam kebakaran
Sinar Harian

Tujuh rumah musnah dalam kebakaran

KOTA KINABALU - Tujuh rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran di Kampung Gudon, Manggatal, di sini pada Sabtu.Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Ronny Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.54 petang.Menurutnya, seramai 11 anggota dari BBP Lintas bersama 10 anggota dari BBP Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 13 kilometer dari balai."Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan tujuh rumah, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini."Operasi pemadaman segera dijalankan menggunakan sumber air daripada jentera dan pili bomba," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.58 petang, namun kerja-kerja memadamkan bara api masih diteruskan.

Go to News Site