Collector
Remaja maut kemalangan dua motosikal | Collector
Remaja maut kemalangan dua motosikal
Sinar Harian

Remaja maut kemalangan dua motosikal

JERTIH - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah motosikal lain di Kampung Telaga Nibong, Hulu Besut di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu mangsa, Muhammad Haziq Azman, 17, yang merupakan pembantu penjual ayam, maut di tempat kejadian manakala penunggang sebuah lagi motosikal mengalami kecederaan ringan."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal Honda EX5 iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun yang dalam perjalanan dari arah Kampung Gong Nering menuju ke Kampung Telaga Nibong, telah memperlahankan kenderaannya dan memberi isyarat untuk membelok ke kanan di simpang tiga jalan."Dalam masa sama mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave 125 datang dari arah belakang dan dipercayai cuba memotong motosikal tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, situasi itu menyebabkan motosikal mangsa telah bergesel dengan motosikal di hadapannya sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan melanggar besi paip di tepi jalan.Mohd Rozaime berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan," katanya.

Go to News Site