Collector
Wanita dakwa diri dipinjam badan malaikat, mempunyai pertalian Nabi Muhammad | Collector
Wanita dakwa diri dipinjam badan malaikat, mempunyai pertalian Nabi Muhammad
Sinar Harian

Wanita dakwa diri dipinjam badan malaikat, mempunyai pertalian Nabi Muhammad

SHAH ALAM - Seorang wanita mendakwa dirinya dipinjamkan badan oleh malaikat dan mempunyai pertalian dengan Nabi Muhammad SAW.Akaun TikTok bernama @ratunurputriratubalqis memaparkan beberapa video menunjukkan wanita tersebut membuat beberapa kenyataan yang mengandungi unsur bertentangan dengan ajaran Islam.Salah satu video berkenaan memaparkan wanita tersebut didakwa menjunjung al-Quran sambil mendakwa dirinya merupakan anak kepada Adam dan Hawa, yang kononnya telah dihidupkan kembali.Sambil memegang al-Quran, wanita itu turut mendakwa mempunyai kerajaan alam ghaib di Yemen Utara.Dalam video sama, wanita tersebut mendakwa pernah disiasat pihak berkuasa di Johor kerana dipercayai bersekedudukan dengan seorang lelaki di sebuah pangsapuri negeri berkenaan.Wanita sama juga didakwa membuat beberapa kenyataan yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).Terdapat video di akaun tersebut turut menunjukkan wanita berkenaan didakwa mengakui kononnya merupakan guru kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.Dalam akaun itu juga, terdapat video menunjukkan kaedah solat sunat secara berjemaah yang didakwa menimbulkan keraguan.Selain itu, jemaah perempuan dalam video tersebut didakwa tidak memakai telekung, yang sepatutnya menjadi kelaziman untuk Muslimah menutup auratnya khususnya ketika menunaikan solat.Menerusi akaun sama, terdapat dua individu dipercayai mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan.Salah satu video memaparkan tindakan kedua-dua individu tersebut yang didakwa membuat kenyataan menghasut melibatkan 3R.Kandungan terawal akaun berkenaan turut mempamerkan gambar tangan seorang individu yang ditulis perkataan dipercayai bercanggah dengan akidah IslamSementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak berkuasa bagi mengenal pasti perkara berkenaan.Akaun yang diwujudkan sejak Jumaat lalu itu mempunyai pengikut seramai 430 orang.

Go to News Site