Collector
‘Pakaian hanya luaran, yang penting pemikiran, prinsip’ - Dominic | Collector
‘Pakaian hanya luaran, yang penting pemikiran, prinsip’ - Dominic
Sinar Harian

‘Pakaian hanya luaran, yang penting pemikiran, prinsip’ - Dominic

SHAH ALAM - Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau menyifatkan tindakan pihak tertentu yang mengkritik pemakaian tradisional beliau sebagai perbuatan double-standard dan tidak berasas.Dominic berkata, serangan politik sedemikian tidak memberi kesan kepada kerja dan matlamatnya untuk terus berkhidmat demi kepentingan rakyat."Politik tidak sepatutnya menjadi semurah ini. Rakyat lebih mengambil berat tentang keadaan ekonomi, kesejahteraan hidup dan hala tuju masa depan negara."Kami jelas dengan matlamat kami membela rakyat dan memperjuangkan masa depan negara yang lebih baik."Pakaian hanyalah luaran, yang lebih penting adalah pemikiran dan prinsip," katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.Sebelum ini, Dominic memuat naik hantaran dan beberapa keping gambar ketika mengunjungi rumah terbuka Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 21 Mac lalu.Dominic pada Khamis melahirkan rasa kesal apabila tindakannya mengenakan pakaian tradisional Melayu ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dipertikaikan oleh segelintir pihak.Beliau berkata, pemakaian baju Melayu lengkap bersongkok itu adalah sebagai tanda hormat terhadap sambutan Aidilfitri serta mencerminkan semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.Sementara itu, ujar Dominic, kritikan berkenaan jelas bukan soal pemakaian sebaliknya, usaha pihak tertentu dalam mencari salah atau membangkitkan sentimen.Menurutnya, ia juga membuktikan bahawa pihak berkenaan telah kehabisan hujah atau idea bernas untuk menyerangnya."Saya memakai pakaian tradisional Cina dipersoalkan tentang gaya. Saya memakai pakaian tradisional Melayu pula dipersoalkan tentang pendirian."Perkara sama apabila orang lain lakukan, dianggap sebagai perpaduan budaya tetapi apabila saya lakukan, terus dilabel sebagai bermasalah."Apabila pihak tertentu tidak lagi berhujah tentang dasar dan prinsip, tetapi turun menyerang perkara seperti apa yang dipakai, itu sebenarnya menunjukkan mereka sudah ketandusan hujah yang lebih kukuh," ujarnya.

Go to News Site