Collector
Mayat lelaki ditemukan rentung bersama motosikal di ladang | Collector
Mayat lelaki ditemukan rentung bersama motosikal di ladang
Sinar Harian

Mayat lelaki ditemukan rentung bersama motosikal di ladang

KULIM - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan rentung bersama sebuah motosikal di sebuah ladang di Ladang Anak Kulim di sini pada Sabtu.Kejadian itu terbongkar kira-kira jam 2.25 petang selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang menemui mayat berkenaan di kawasan lereng bukit ladang tersebut.Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, seorang lelaki memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa dia pada mulanya pergi ke lokasi itu untuk menahan burung sebelum terserempak dengan mayat serta sebuah motosikal yang terbakar."Individu berkenaan kemudian meninggalkan kawasan itu dan segera memaklumkan kejadian kepada pihak polis," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Menurut beliau, pemeriksaan awal di lokasi mendapati mayat tersebut telah terbakar dan berada dalam keadaan pereputan, manakala motosikal yang ditemui berhampiran turut didapati hangus."Hasil semakan lanjut, polis berjaya mengesan waris mangsa menerusi pemeriksaan terhadap motosikal berkenaan."Waris memaklumkan mangsa telah keluar rumah sejak empat hari lalu dan tidak pulang sehingga mayatnya ditemukan," katanya lagi.Susulan penemuan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh.Zulkifli berkata, dalam perkembangan terkini, polis telah menahan dua lelaki berusia 22 dan 68 tahun kira-kira jam 1 pagi tadi bagi membantu siasatan kes tersebut. Kedua-dua suspek direman selama empat hari.Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan, selain meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. - Awani

Go to News Site