Collector
Pas kecam dakwaan kaitkan Islam ancaman keamanan | Collector
Pas kecam dakwaan kaitkan Islam ancaman keamanan
Sinar Harian

Pas kecam dakwaan kaitkan Islam ancaman keamanan

SHAH ALAM – Pas mengecam keras kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth yang mengaitkan Islam sebagai ancaman kepada keamanan dunia.Walaupun pengesahan kenyataan itu sedang dijalankan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa sebarang usaha melabel mana-mana agama khususnya Islam yang dianuti lebih 1.9 bilion orang seluruh dunia sebagai musuh adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan berbahaya.Menurut beliau, naratif sedemikian berpotensi mencetuskan ketegangan, memperluas salah faham serta menjejaskan usaha global ke arah memupuk persefahaman dan saling menghormati."Islam adalah agama yang berteraskan rahmat, keadilan dan keamanan. Mengaitkannya secara umum dengan keganasan adalah tidak tepat dan bercanggah dengan prinsip yang dibawa agama itu sendiri."Penggunaan naratif agama bagi membenarkan konflik geopolitik khususnya di Asia Barat, adalah tindakan melulu dan terdesak kerana ia menyemarakkan perpecahan serta mengancam harapan terhadap keamanan dan kestabilan yang berkekalan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Takiyuddin berkata, Pas menggesa kerajaan AS dan komuniti antarabangsa supaya memastikan setiap kenyataan awam dibuat berdasarkan maklumat yang telah disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan ketegangan berterusan."Adalah penting untuk membezakan antara tindakan ekstremis dengan ajaran Islam atau mana-mana agama lain supaya tindakan segelintir pihak tidak dijadikan asas kepada prejudis terhadap masyarakat yang lebih luas."Pas turut menyeru agar diplomasi, dialog dan kerjasama dijadikan pendekatan paling berkesan dalam memelihara keamanan, memperkukuh hubungan antara agama serta memastikan kestabilan serantau," ujanya.Tambah beliau, sebarang usaha untuk memanipulasi agama atau menyebarkan Islamofobia mesti ditolak sepenuhnya demi kebenaran, keselamatan dan kemanusiaan sejagat."Pas akan terus memantau perkembangan isu ini dengan rapat dan menggesa semua pihak agar bertindak dengan bijaksana, adil dan bertanggungjawab dalam menangani perkara berkaitan agama dan keselamatan antarabangsa," tegasnya.

Go to News Site