Collector
Dua ahli PKR ditahan disyaki minta ‘wang perlindungan’ | Collector
Dua ahli PKR ditahan disyaki minta ‘wang perlindungan’
Sinar Harian

Dua ahli PKR ditahan disyaki minta ‘wang perlindungan’

KUALA LUMPUR – Dua individu dipercayai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan meminta ‘wang perlindungan’ daripada sebuah pusat urut di Wangsa Maju baru-baru ini.Menerusi sebuah portal tempatan melaporkan, penahanan itu dibuat selepas tular satu video di media sosial yang memaparkan tindakan individu berkenaan didakwa meminta bayaran daripada premis terbabit.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.Beliau berkata, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Dalam perkembangan sama, PKR mengambil tindakan dalaman dengan meminta kedua-dua individu berkenaan yang juga ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) meletakkan jawatan.Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Azman Abidin berkata, langkah itu diambil bagi memastikan tiada gangguan terhadap proses siasatan.Terdahulu, satu akaun Facebook memuat naik video memaparkan dua ahli MPPWP didakwa meminta bayaran daripada sebuah premis urut.

Go to News Site