Sinar Harian
ALOR SETAR – Hujan dalam tempoh singkat pada Ahad petang, memberikan sedikit kelegaan kepada penduduk di beberapa daerah di Kedah selepas beberapa bulan mereka berdepan cuaca panas.Penduduk di Titi Gajah, Pantai Johor di sini, Sayuti Wan Chik berkata, hujan pada kira-kira jam 3 petang itu amat dinanti-nantikan kerana sedikit sebanyak membantu menurunkan suhu panas.Menurutnya, suhu di daerah Kota Setar sebelum ini mencecah Tahap Dua (gelombang haba) dengan bacaan sekitar 38 darjah Celsius sejak beberapa hari lalu."Alhamdulillah, petang ini hujan walaupun hanya beberapa minit, memang terasa nikmatnya kerana dapat menurunkan sedikit suhu panas ini," katanya pada Ahad.Penduduk di Pekan Jitra 3, Mahdzir Hasan pula berkata, dia juga bersyukur walaupun hujan selama 15 minit namun cukup untuk mengurangkan rasa bahang.Menurutnya, walaupun hujan renyai dan sekejap sahaja, orang ramai tetap bersyukur.Sementara itu, Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abdul Aziz berkata, hampir semua daerah di negeri ini dijangka menerima hujan atau ribut petir pada sebelah petang kecuali Langkawi dan Bandar Baharu.Menurutnya, keadaan itu adalah normal ketika fasa peralihan monsun yang lazimnya membawa hujan dan ribut petir pada waktu petang."Orang ramai dinasihatkan supaya peka terhadap perubahan cuaca dan sentiasa merujuk laman web serta media sosial Jabatan Meteorologi Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini," katanya.Terdahulu, media melaporkan bahawa seramai 86,030 pelajar daripada 206 sekolah di daerah Kota Setar dan Pendang terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas kedua-dua daerah itu merekodkan suhu Tahap Dua selama tiga hari berturut-turut sejak Khamis lalu.
Go to News Site