Collector
Bungkusan tertera 'ALLAH', 'Muhammad' dan 'Masya-ALLAH': Restoran nasi kandar mohon maaf | Collector
Bungkusan tertera 'ALLAH', 'Muhammad' dan 'Masya-ALLAH': Restoran nasi kandar mohon maaf
Sinar Harian

Bungkusan tertera 'ALLAH', 'Muhammad' dan 'Masya-ALLAH': Restoran nasi kandar mohon maaf

SHAH ALAM - Pengurusan Restoran Thoulath Maju cawangan Kota Warisan, Sepang, Selangor tampil memohon maaf susulan tular beberapa hantaran di Threads yang mendakwa premis itu menggunakan bungkusan makanan tertera kalimat 'ALLAH', 'Muhammad' dan 'Masya-ALLAH'.Pengurus restoran cawangan tersebut, Abdul Razak Abu Bakar berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab penuh dengan menukar bungkusan makanan lama itu kepada versi baharu sejak malam tadi.Menurutnya, pengurusan sama sekali tidak berniat untuk menyinggung sensitiviti umat Islam dan berlapang dada menerima kritikan pelanggan demi penambahbaikan operasi perniagaan."Saya mewakili tiga cawangan Restoran Thoulath Maju benar-benar memohon maaf, kesilapan ini berlaku di premis di Kota Warisan. Namun, sekarang kami telah menukar bungkusan baharu di semua cawangan juga."Disebabkan tular di media sosial, kami segera menukar pembungkusan, kesilapan kami tidak menyedari bungkusan lama mengandungi kalimat 'ALLAH', 'Muhammad' dan 'Masya-ALLAH'."Kami akui kesilapan dan memastikan perkara ini tidak berulang lagi," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Pada Sabtu, seorang pengguna media sosial Threads @m1eyy.co memuat naik hantaran mendakwa restoran berkenaan menggunakan pembalut makanan tertera kalimat 'ALLAH', 'Muhammad' dan 'Masya-ALLAH'.Lokasi itu dikenal pasti di Restoran Thoulath Maju cawangan Kota Warisan, bersebelahan premis makanan segera pandu lalu terkenal.Bagaimanapun, menerusi hantaran seterusnya, pemuda tersebut mengesahkan bahawa restoran itu sudah pun menukar bungkusan makanan kepada corak baharu, dalam masa sama berharap agar kejadian sedemikian tidak lagi berlaku pada masa akan datang.Ditanya tentang lebihan pembalut lama yang tidak lagi diguna pakai, Abdul Razak memberitahu bahawa pihaknya memberi jaminan menyimpan pembungkusan tersebut dan tidak membuang apatah lagi membakarnya."Itu bungkusan saya tidak buang, mana boleh buang, berdosa kerana ada kalimat suci 'ALLAH', 'Muhammad' dan 'Masya-ALLAH'."Saya simpan sahaja di dalam stor. Apa pun, saya benar-benar memohon maaf dan berjanji memperbaiki perkhidmatan kami," ujarnya lagi.

Go to News Site