Sinar Harian
IPOH - Bau busuk membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari di sebuah rumah di Taman Kledang Jaya di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, bau kurang menyenangkan tersebut dihidu jiran sebelum memaklumkan kepada polis pada jam 11.26 pagi.Menurutnya, mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 52 tahun ditemui meninggal dunia di dalam kediaman tersebut."Siasatan awal mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol."Mangsa juga dilaporkan pernah mengalami serangan angin ahmar ringan serta sedang menerima rawatan susulan di fasiliti kesihatan berhampiran," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, setakat ini kematian mangsa dipercayai tidak melibatkan sebarang unsur jenayah."Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu sensitiviti keluarga mangsa," katanya.
Go to News Site