Sinar Harian
AMPANG – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak Rabu lalu, berada di rumah ibu saudaranya di Pasir Mas, Kelantan.Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, ibu bapa mangsa telah dimaklumkan mengenai keberadaan Nur Sofea Haton Abdul Hafiz dan segera mengambil anak mereka."Susulan penemuan berkenaan, remaja terbabit kini telah dikeluarkan daripada senarai orang hilang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Pada Khamis, media melaporkan polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan remaja terbabit yang dilaporkan hilang.Khairul Anuar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya hilang dari rumah di Bandar Baru Ampang pada jam 8 malam.Pengadu membuat pemeriksaan di dalam rumah sebelum mendapati remaja itu telah keluar dengan membawa beg pakaian.Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dengan keluarga.
Go to News Site