Collector
Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal direman empat hari | Collector
Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal direman empat hari
Sinar Harian

Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal direman empat hari

KLANG – Individu yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Raya Barat pada Ahad direman empat hari untuk siasatan lanjut.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, perintah reman terhadap suspek dibenarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat."Tempoh reman bermula hari ini hingga 2 April bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Kejadian yang turut tular di media sosial itu memaparkan mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jit Huey dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, pemandu berkenaan dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan.Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan kenderaan dipandunya melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.Jelas beliau, akibat pelanggaran tersebut, mangsa seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi.Tambah beliau, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Go to News Site