Collector
Kes hasut isu KK Supermart: Papagomo bersalah, didenda RM4,000 | Collector
Kes hasut isu KK Supermart: Papagomo bersalah, didenda RM4,000
Sinar Harian

Kes hasut isu KK Supermart: Papagomo bersalah, didenda RM4,000

KUALA LUMPUR – Blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dua tahun lalu.Hakim, Norma Ismail memutuskan demikian selepas mendapati Wan Muhammad Azri, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.Semasa membaca keputusan Norma berkata, setelah mengambil kira semua keterangan, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan kesalahan tersebut."Tertuduh perlu dipenjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut," katanya.Semasa prosiding, peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Wan Muhammad Azri merayu anak guamnya hanya dikenakan hukuman berbentuk denda tanpa pemenjaraan.Menurutnya, tertuduh sentiasa memberi kerjasama termasuk tidak pernah gagal melaporkan diri di balai polis sepanjang prosiding ini berlangsung.Beliau berkata, bapa kepada lima anak perempuan termasuk bongsu menghidap autisme."Dia tidak pernah disabitkan atas kesalahan hasutan namun saya berterus terang, dia mempunyai dua kes lain."Pengadu dalam kes ini telah menarik balik laporannya malah catatan yang dibuat anak guam tidak menimbulkan kesan rusuhan," katanya.Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.Beliau berkata, tertuduh telah menghina menggunakan kata-kata kesat, bersifat menghina dan merendah-rendahkan Agong."Tertuduh merupakan bekas anggota polis sekali gus menunjukkan dia sedar kesan dan akibat atas perbuatan yang dilakukan."Justeru, denda semata-mata tidak mencukupi kerana kesalahan berkenaan serius," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Nursyuhada Husna Sulaiman.Pada 2 Mei 2024, dia yang juga bekas Exco Pemuda UMNO mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan membuat penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd yang menghadap Sultan Ibrahim di aplikasi X miliknya atas nama ‘Sir Azri’.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Bukit Bintang, di sini, pada jam 12 tengah hari, 29 April 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Seramai tujuh saksi dipanggil memberi keterangan terhadap tertuduh dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan bermula Oktober 2024 sementara Wan Muhammad Azri merupakan saksi tunggal di peringkat pembelaan.

Go to News Site