Collector
Kakitangan LPP mengaku tidak bersalah guna harta pertubuhan | Collector
Kakitangan LPP mengaku tidak bersalah guna harta pertubuhan
Sinar Harian

Kakitangan LPP mengaku tidak bersalah guna harta pertubuhan

JOHOR BAHRU - Seorang kakitangan Lembaga Pertububan Peladang (LPP) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas 16 pertuduhan menggunakan harta pertubuhan milik Pertubuhan Kawasan Kota Tinggi Timur sebanyak RM141,872, sejak lima tahun lalu.Mohammad Faiz Ibrahim, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah kesemua pertuduhan dihadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.Tertuduh yang merupakan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi dan Pengurus Ladang Pertubuhan Kawasan Kota Tinggi Timur didakwa dengan curangnya menjadikan bagi kegunaan sendiri iaitu hasil penjualan buah tandan segar (BTS) sawit bernilai keseluruhan RM141,872.67 kepunyaan Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Tinggi Timur.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Tinggi Timur antara 26 April 2021 hingga 15 November 2022.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Dalam prosiding sama, tertuduh turut mengaku tidak bersalah bagi 16 pertuduhan pilihan melakukan pecah amanah jenayah dengan menjadikan harta yang diamanahkan kepadanya iaitu BTS sawit yang keseluruhannya berjumlah RM141,872.67 milik pertubuhan itu untuk kegunaan sendiri dengan menjual buah berkenaan dan memasukkan hasil jualan ke dalam akaun miliknya.Bagi perbuatan yang dilakukan di lokasi dan waktu yang sama itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Alice Voon Mei Ling dan tertuduh diwakili peguam Asiah Abd Jalil.Alice mencadangkan jaminan sebanyak RM25,000, peguam tertuduh meminta jaminan sebanyak RM10,000.Dalam hujahannya Asiah memberitahu anak guamnya sudah berkhidmat dengan LPP sejak 2011 dengan pendapatan terkini RM4,000 sebulan selain perlu menanggung bapanya yang merupakan pesara Felda selain ibunya juga seorang pesara.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 30 April depan bagi serahan dokumen.

Go to News Site