Collector
NRES sedia laksana pembenihan awan tangani cuaca ekstrem - Arthur | Collector
NRES sedia laksana pembenihan awan tangani cuaca ekstrem - Arthur
Sinar Harian

NRES sedia laksana pembenihan awan tangani cuaca ekstrem - Arthur

SHAH ALAM - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bersedia melaksanakan intervensi seperti pembenihan awan bagi menangani kesan cuaca ekstrem susulan perubahan iklim yang semakin tidak menentu.Menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, langkah itu akan dilaksanakan berdasarkan keperluan semasa serta berpandukan data dan laporan teknikal daripada agensi berkaitan.Menurut beliau, pelaksanaan pembenihan awan adalah antara usaha proaktif kerajaan dalam memastikan impak fenomena cuaca dapat dikurangkan khususnya kepada sektor yang terjejas seperti pertanian."Sekiranya perlu kita akan melaksanakan intervensi seperti pembenihan awan berdasarkan data yang diperoleh bagi memastikan tindakan diambil secara tepat dan berkesan," katanya.Beliau berkata demikian dalam Program Pendanaan Konservasi Hutan di sini pada Isnin.Dalam masa sama, beliau berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia terus memainkan peranan penting dalam menyediakan maklumat dan ramalan cuaca bagi menyokong keputusan tersebut.Katanya, penyaluran maklumat awal yang tepat akan membantu kerajaan serta masyarakat membuat persediaan rapi sebelum sebarang tindakan intervensi dilaksanakan.Dalam perkembangan lain, Arthur memaklumkan kerjasama antarabangsa melibatkan konservasi gajah antara Zoo Taiping dan sebuah institusi di Osaka, Jepun adalah berdasarkan perjanjian yang telah dimeterai sejak 2014.Katanya, kerjasama itu bertujuan meningkatkan program pembiakan (breeding) gajah dengan memanfaatkan teknologi tinggi yang dimiliki Jepun."Ini adalah usaha untuk memperkukuh konservasi gajah kita. Jepun mempunyai teknologi maju dan kita mahu manfaatkannya untuk meningkatkan pembiakan spesies ini," katanya.Menurutnya, sebelum penghantaran tiga ekor gajah ke Jepun, pihak kementerian telah menetapkan syarat ketat termasuk memastikan ruang habitat yang sesuai serta keupayaan haiwan itu menyesuaikan diri di lokasi baharu.Tambah beliau, tiga pegawai turut ditempatkan bersama bagi memantau kesihatan dan kebajikan gajah berkenaan sepanjang tempoh penyesuaian."Sekiranya gajah tersebut tidak dapat menyesuaikan diri, kita mempunyai hak untuk membawanya pulang," tambah beliau.

Go to News Site