Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal tiada rekod lampau | Collector
Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal tiada rekod lampau
Sinar Harian

Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal tiada rekod lampau

KLANG – Seorang lelaki tempatan yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Raya Barat di sini, Ahad lalu, disahkan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, setakat ini pihaknya sudah merakam tiga keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan."Tiada rekod lampau, tiga keterangan diambil setakat ini," katanya ringkas pada Isnin.Terdahulu, lelaki berusia 20-an berkenaan direman empat hari bermula Ahad hingga 2 April bagi membantu siasatan lanjut.Jit Huey berkata, perintah reman terhadap suspek dibenarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat.Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Rakaman kejadian yang turut tular di media sosial itu memaparkan mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.

Go to News Site