Sinar Harian
PELAKON, Abby Abadi menitipkan nasihat penuh makna dan kata-kata semangat buat anaknya, Marissa Dania Hakim susulan isu rumah tangga bersama pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam.Dalam perkongsian menerusi hantaran di Instagram, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, mengingatkan anaknya bahawa usia muda adalah fasa pembelajaran dan setiap kesilapan bukan bererti kegagalan."Nasihat mama, adik baru 20 tahun. Kesilapan itu bukan bermakna Adik gagal."Itu tanda sedang belajar menjadi manusia yang lebih baik dan matang. Anak mama kuat!" katanya.Pada Isnin, Ahmad Aslam dan Marissa hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menentukan status sebenar mereka, sama ada masih lagi suami isteri yang sah ataupun sebaliknya.Menurut peguam syarie yang mewakilinya, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, Aslam melafazkan cerai dan rujuk terhadap Marissa sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 dan kembali rujuk pada bulan yang sama.Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April 2025 dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk pada Jun.Abby turut menasihatkan Marissa Dania agar tidak mengikut arus semata-mata, sebaliknya membuat keputusan yang memberi nilai kepada kehidupan."Kalau hari ini Adik belum faham erti hidup, tak mengapa. Yang penting terus belajar. Jangan buat sesuatu sebab ramai buat, tetapi buat apabila sesuatu itu memberi ‘nilai’ untuk hidup Adik."Nilai hidup bukan pada siapa paling hebat, tetapi pada jiwa dan hati yang tenang," ujarnya.Selain itu, Abby turut menggalakkan anaknya untuk menghargai kehidupan dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan sebagai sebahagian daripada proses memahami erti hidup."Pusing-pusing dulu, lihat keindahan bumi ciptaan ALLAH ini. Beri peluang untuk diri merasai nikmat kehidupan yang ALLAH anugerahkan, insya-ALLAH sekali lagi," katanya.
Go to News Site