Sinar Harian
JOHOR BAHRU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi unsur fitnah, penghinaan serta dakwaan tidak berasas terhadap institusi diraja Johor, pihak berkuasa dan agama Islam.Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, hantaran tersebut berpotensi menjejaskan akidah umat Islam dan mengganggu ketenteraman awam."PDRM telah mengambil tindakan lanjut terhadap perkara ini dan satu pertemuan telah diadakan bersama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bagi tujuan penyelarasan tindakan serta penelitian dari sudut akidah dan syariah."Kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyebaran ajaran yang boleh menyelewengkan akidah umat Islam serta mengganggu ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Tegas beliau, orang ramai diminta tidak menyebarkan atau mempercayai sebarang kandungan yang belum disahkan kesahihannya, serta merujuk kepada pihak berautoriti dalam hal-hal berkaitan agama Islam.Sebelum itu, seorang wanita mendakwa dirinya dipinjamkan badan oleh malaikat dan mempunyai pertalian dengan Nabi Muhammad SAW.Akaun TikTok bernama @ratunurputriratubalqis memaparkan beberapa video menunjukkan wanita tersebut membuat beberapa kenyataan yang mengandungi unsur bertentangan dengan ajaran Islam.Salah satu video berkenaan memaparkan wanita tersebut didakwa menjunjung al-Quran sambil mendakwa dirinya merupakan anak kepada Adam dan Hawa, yang kononnya telah dihidupkan kembali.Terdapat video di akaun tersebut turut menunjukkan wanita berkenaan didakwa mengakui kononnya merupakan guru kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Go to News Site