Collector
Nurul Alifa pegawai wanita pertama Maritim Malaysia terima Sayap Penerbang | Collector
Nurul Alifa pegawai wanita pertama Maritim Malaysia terima Sayap Penerbang
Sinar Harian

Nurul Alifa pegawai wanita pertama Maritim Malaysia terima Sayap Penerbang

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar sejarah apabila Leftenan Madya Maritim Nurul Alifa Alias muncul sebagai pegawai wanita pertama daripada lantikan agensi itu menerima Sayap Penerbang selepas menamatkan latihan juruterbang helikopter selama 20 bulan.Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, pencapaian tersebut membuktikan keupayaan agensi berkenaan melahirkan pakar penerbang sendiri tanpa bergantung kepada pegawai yang diserap daripada agensi keselamatan lain."Pencapaian ini merupakan satu lonjakan besar dalam memperkasa keupayaan dan inklusiviti warga Maritim Malaysia, termasuk membuka ruang lebih luas kepada pegawai wanita dalam operasi udara," katanya.Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Sayap Penerbang Maritim Malaysia 2026 di sini pada Isnin.Saiful Lizan berkata, objektif utama latihan itu adalah untuk melahirkan penerbang maritim yang bukan sahaja mahir mengendalikan pesawat, tetapi juga kompeten melaksanakan operasi penguatkuasaan serta menyelamat di laut yang semakin kompleks dan mencabar."Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia perlu memainkan peranan kritikal sebagai ‘mata di langit’ dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan maritim negara."Keupayaan ini membolehkan liputan pemantauan diperluas serta meningkatkan kadar kejayaan operasi, khususnya dalam misi carilamat, pembanterasan jenayah rentas sempadan dan pencerobohan nelayan asing," katanya.Beliau berharap kejayaan Nurul Alifa itu menjadi pemangkin kepada penyertaan lebih ramai pegawai wanita dalam bidang operasi udara Maritim Malaysia.Nurul Alifa merupakan antara lapan pelatih Juruterbang Helikopter Siri 3/2024 yang berjaya menamatkan latihan intensif antara 12 hingga 20 bulan melibatkan pelbagai fasa.Latihan itu merangkumi latihan ikhtiar hidup, underwater escape training (UWET), latihan simulator serta penerbangan sebenar dengan rekod sehingga 155 jam penerbangan.Selain beliau, tujuh lagi pelatih turut dianugerahkan Sayap Penerbang iaitu Leftenan Maritim Mohd Al Azlan Shah Harun, Leftenan Madya Maritim Muhammad Firdaus Faisal, Leftenan Madya Maritim Awangku Mohd Farid Awang Engko Tajudin, Leftenan Madya Maritim Mohamad Ehram Mohd Noorlee, Leftenan Madya Maritim Muhammad Firdaus Ab Aziz, Leftenan Madya Maritim Muhammad Luqman Bahari dan Leftenan Madya Maritim Faqrul Shafiq Mohd Fadzludin.Dalam majlis sama, enam pelatih Pegawai Sistem Udara Siri 2/2024 serta lima jurulatih penerbangan turut menerima sijil tamat latihan, manakala empat pelatih diiktiraf sebagai terbaik dalam kategori masing-masing.

Go to News Site