Collector
Lelaki bunuh adik sebelum mati ditembak polis | Collector
Lelaki bunuh adik sebelum mati ditembak polis
Sinar Harian

Lelaki bunuh adik sebelum mati ditembak polis

TENOM - Seorang lelaki maut selepas ditembak abangnya sendiri menggunakan senjata buatan sendiri jenis bakakuk dalam kejadian di Kampung Kangkawang, di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 54 tahun dilaporkan mengalami lapan kesan tembakan pada badan, manakala suspek berusia 57 tahun yang bertindak agresif serta enggan menyerah diri turut disahkan maut selepas ditembak dalam operasi di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Tenom, Superintenden Azmir Abd Razak berkata, pihaknya menerima maklumat awal mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan terdapat insiden tembakan melibatkan orang awam di kampung berkenaan."Kejadian tersebut melibatkan mangsa yang merupakan adik kepada suspek dan mengalami lapan kesan tembakan di bahagian belakang badan."Bertindak atas maklumat itu, sepasukan tiga pegawai bersama anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, penduduk kampung memaklumkan bahawa suspek berada di dalam rumah sambil memegang bakakuk dan mengugut untuk menembak sesiapa sahaja yang menghampiri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.Katanya lagi, pasukannya bertindak membuat kepungan di rumah suspek dan mengarahkannya keluar serta menyerah diri sebanyak tiga kali, namun arahan tersebut tidak diendahkan."Beberapa das gas pemedih mata kemudian dilepaskan ke dalam rumah bagi mendorong suspek keluar, namun suspek masih berkeras sebelum bertindak berlari ke arah dapur sambil mengacukan senjata ke arah salah seorang pegawai polis."Susulan itu, seorang pegawai polis kemudian melepaskan tiga das tembakan bagi mempertahankan diri selepas suspek mengancam keselamatan pasukan."Tembakan tersebut mengenai lengan kanan, dada kiri dan rusuk kiri suspek. Pasukan polis kemudian menyerbu masuk ke dalam rumah dan mendapati suspek terbaring di bahagian dapur bersama senjata api miliknya di sisi," katanya.Tambah Azmir lagi, hasil pemeriksaan mendapati senjata bakakuk tersebut masih mempunyai satu peluru hidup, iaitu dalam keadaan sedia digunakan.Katanya, polis turut merampas beberapa barang kes termasuk bakakuk, peluru hidup, kelongsong peluru serta sebilah parang panjang."Siasatan awal mendapati suspek dikatakan mempunyai masalah mental, bagaimanapun siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.

Go to News Site