Sinar Harian
IPOH – Kerajaan digesa mempertimbangkan langkah mengehadkan jualan serta menaikkan harga minuman keras bagi mengurangkan kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang semakin membimbangkan.Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, R Sharvin berkata, sudah tiba masanya tindakan lebih tegas diambil berikutan banyak nyawa terkorban akibat kecuaian pemandu mabuk dan individu di bawah pengaruh dadah.Menurutnya, insiden terbaharu yang tular hanyalah sebahagian daripada rentetan tragedi yang berulang melibatkan kehilangan nyawa serta memberi kesan besar kepada keluarga mangsa."Realitinya, terlalu banyak nyawa telah terkorban. Setiap tragedi bukan sahaja meragut satu nyawa tetapi turut memusnahkan kehidupan sebuah keluarga."Keadaan ini juga menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sharvin berkata, antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah mengehadkan jumlah premis yang menjual minuman beralkohol."Antara langkah yang perlu dipertimbangkan ialah mengehadkan jumlah kedai yang menjual minuman beralkohol serta mengawal penjualannya dengan lebih ketat."Selain itu, peningkatan harga minuman alkohol juga boleh menjadi salah satu mekanisme untuk mengurangkan akses mudah dan pembelian berlebihan dalam kalangan pengguna," katanya.Dalam pada itu, beliau turut menegaskan keperluan untuk memperketatkan undang-undang terhadap pemandu mabuk, termasuk mengenakan hukuman lebih berat terutama jika melibatkan kehilangan nyawa.Katanya, hukuman sedia ada dilihat tidak lagi mencukupi sebagai pengajaran.Jelasnya, tindakan lebih tegas dan setimpal perlu dilaksanakan tanpa kompromi.Tambah beliau, isu keselamatan nyawa rakyat tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan tindakan segera daripada semua pihak bagi memastikan tragedi seumpama itu tidak terus berulang.Pada Ahad media melaporkan, seorang penunggang motosikal Allahyarham Amirul Hafiz Omar maut dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta.
Go to News Site