Sinar Harian
YAN - Seorang lelaki cedera di pergelangan tangan kanan akibat dilibas sebilah pisau dalam kejadian di tepi jalan Singkir Badong, kira-kira jam 7 malam Isnin.Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata, polis menerima laporan dari mangsa berusia 34 tahun yang dikatakan diserang lelaki berusia 41 tahun dalam kejadian itu.Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal sebelum secara tiba-tiba diserang suspek."Berlaku pergelutan dan mangsa mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanan akibat dilibas sebilah pisau."Mangsa sempat menyelamatkan diri meninggalkan kenderaan sebelum ternampak suspek bertindak mencabut paip petrol motosikal dan membakarnya," katanya.Menurut Mohamad Hamizi, suspek telah ditahan sekitar jam 8 malam dan pisau yang digunakan untuk menyerang mangsa turut dirampas.Semakan mendapati, suspek mempunyai dua kesalahan rekod lampau berkaitan dadah."Motif kejadian dikatakan akibat tidak berpuashati tindakan mangsa memperbaiki saliran paip air yang mana suspek dipercayai merosakkan paip dan mengambil bekalan tersebut tanpa kebenaran," katanya.Kes akan disiasat mengikut Seksyen 324/435 Kanun Keseksaan.
Go to News Site