Sinar Harian
PUTRAJAYA - Seramai 13,779 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 atau 3.55 peratus memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, daripada jumlah itu, seramai 376 calon mendapat gred A+ bagi semua mata pelajaran, meningkat berbanding tahun sebelumnya, iaitu 24 calon."Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025 turut menunjukkan peningkatan 1.03 peratus, iaitu seramai 92,347 berbanding 86,040 calon pada tahun sebelumnya," katanya.Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2025 di sini pada Selasa.AKAN MENYUSUL
Go to News Site