Collector
Mansuh peruntukan ahli Parlimen kerajaan tidak selesai tekanan sebenar rakyat - Dr Zaliha | Collector
Mansuh peruntukan ahli Parlimen kerajaan tidak selesai tekanan sebenar rakyat - Dr Zaliha
Sinar Harian

Mansuh peruntukan ahli Parlimen kerajaan tidak selesai tekanan sebenar rakyat - Dr Zaliha

SHAH ALAM - Cadangan pembangkang supaya peruntukan ahli Parlimen kerajaan dimansuhkan sebagai langkah penjimatan susulan konflik di Asia Barat tidak memberikan penyelesaian kepada tekanan sebenar yang dihadapi rakyat.Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Madani (BBC), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, cadangan tersebut hanya bersifat populis dan tidak mencerminkan kefahaman sebenar terhadap realiti pengurusan fiskal negara."Dalam keadaan dunia sedang berdepan ketidaktentuan geopolitik, tekanan inflasi global serta gangguan rantaian bekalan tenaga dan makanan, negara memerlukan cadangan dasar yang berasaskan realiti ekonomi semasa."Hakikatnya, cadangan ini tidak menghasilkan penjimatan sebenar kepada negara.Komitmen terhadap kebajikan rakyat tetap perlu dilaksanakan melalui pelbagai saluran perbelanjaan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari sebelum ini mencadangkan supaya peruntukan untuk ahli Parlimen kerajaan berjumlah RM3.5 juta setahun dimansuhkan.Beliau berkata, peruntukan itu perlu dimansuhkan segera kerana jumlahnya yang besar dan lebih memberi kesan kepada perbelanjaan negara berbanding elaun petrol yang berjumlah RM1,500.Mengulas lanjut, Zaliha berkata, cadangan tersebut hanya mencipta gambaran mudah mengenai kedudukan fiskal negara tanpa menyentuh struktur sebenar perbelanjaan awam."Ketika Kerajaan Madani sedang melaksanakan reformasi fiskal yang menuntut ketegasan dasar dan disiplin kewangan, pembangkang memilih mengangkat cadangan yang tidak menyentuh cabaran sebenar kedudukan ekonomi negara."Pembangkang juga terus memainkan naratif politik jangka pendek ketika kerajaan sedang melaksanakan langkah berstruktur termasuk subsidi bersasar," ujarnya.

Go to News Site