Collector
Memandu mabuk satu jenayah besar, bercanggah Maqasid Syariah - Mufti WP | Collector
Memandu mabuk satu jenayah besar, bercanggah Maqasid Syariah - Mufti WP
Sinar Harian

Memandu mabuk satu jenayah besar, bercanggah Maqasid Syariah - Mufti WP

SHAH ALAM - Semua pihak perlu memainkan peranan membanteras gejala pemanduan dalam keadaan mabuk termasuk melalui penguatkuasaan undang-undang, pendidikan masyarakat dan kesedaran individu.Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, ia kerana perbuatan tersebut merupakan satu jenayah besar di sisi syarak dan undang-undang negara, malah bercanggah dengan prinsip Maqasid Syariah yang menekankan pemeliharaan nyawa, akal serta kesejahteraan masyarakat.Ujarnya, pengambilan arak juga adalah haram secara qat‘i dalam Islam, menunjukkan bahawa agama memelihara akal manusia daripada sebarang unsur yang merosakkan."Perbuatan memandu dalam keadaan mabuk merupakan satu bentuk kesalahan yang berat dan melampaui batas sehingga boleh mengundang kehilangan nyawa."Meskipun tiada niat untuk membunuh, tindakan mengambil alkohol dan seterusnya memandu dalam keadaan hilang pertimbangan akal jelas menunjukkan sikap cuai yang tinggi, sama ada dalam bentuk melampaui batas mahupun sengaja."Keadaan ini tetap menuntut pertanggungjawaban di sisi syarak kerana ia melibatkan pencerobohan terhadap hak keselamatan dan nyawa orang lain," katanya dalam Tinta Mufti Bil 98/2026 menerusi laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Selasa.Pada Ahad media melaporkan, seorang penunggang motosikal Allahyarham Amirul Hafiz Omar maut dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta.Menurut Ahmad Fauwaz, dalam isu tersebut, aspek syarak dan perundangan mempunyai kaitan dan tujuannya sama iaitu menjaga nyawa serta kemaslahatan umum.Kata beliau, pengharaman arak dalam Islam bertujuan untuk memelihara kesucian agama daripada sebarang unsur yang melalaikan dan merosakkan hubungan manusia dengan ALLAH SWT."Lebih daripada itu, arak juga merosakkan fungsi akal, sehingga menyebabkan hilang keupayaan seseorang untuk membezakan antara baik dan buruk."Selain itu, kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pemandu mabuk bukan sahaja mengancam nyawa, bahkan turut membawa kepada kerugian harta benda sama ada melibatkan kenderaan, kemudahan awam mahupun harta milik individu lain," ujarnya.Ujar beliau, kehilangan nyawa akibat kemalangan berkenaan turut memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan, termasuk kehilangan tempat bergantung, gangguan emosi dan terjejasnya kesinambungan keturunan."Oleh yang demikian, perbuatan memandu dalam keadaan mabuk jelas bertentangan dengan keseluruhan kerangka Maqasid Syariah bahkan juga bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan."Keberadaan pemandu jenis ini bukan hanya menyusahkan individu lain dan negara bahkan mereka boleh dianggap sebagai penjenayah jalan raya," kata beliau.

Go to News Site